Panduan Minimalis Buat Duit Berblog

Amaran Keras: Dalam artikel ini mengandungi unsur-unsur sensitif dan tidak sesuai dibaca untuk umur 18 tahun ke bawah. Setiap apa yang ditulis, anda sama sekali dilarang mempercayai dan mengikuti panduan ini.

Panduan minimalis bagaimana buat duit berblog.Eh, itu sekadar gurauan sahaja. :P

Tetapi saya serius, untuk menjana pendapatan dengan blog kita perlu ada terasnya.

Apakah terasnya?

KOMITED buat duit berblog sampai berjaya jana RM100 pertama.

Saya berasa kuriosti kenapa Encik Titan mampu menjana berangka-angka dengan hanya berblog, apakah rahsianya?

Selepas mengkaji dan menghayati blognya (saya jadi stalker sekejap), maka barulah saya faham kenapa beliau berjaya jana RM 4 atau 5 angka (mungkin 6 angka) sebulan dengan mudah.

Kuncinya: KOMITED.

Jadi, andai anda rasa kurang yakin dan tidak mempercayai yang anda mampu menjana duit dengan berblog, lebih baik pangkah artikel ini dan kembali ke Facebook semula.

5 Teras Buat Duit dengan Berblog

5 teras ini andai kita ikut kesemuanya, nescaya tiada apa yang mustahil untuk menjana pendapatan dengan blog.

Teras #1: Komited Sampai Berjaya

Sebagaimana yang saya katakan tadi: KOMITED.

Komited bermaksud melakukan sesuatu perkara sampai berjaya.

Tidak kiralah kita sakit, sihat, bersemangat, malas atau sebagainya. Asalkan buat sampai berjaya.

Berjaya yang bagaimana?

Teras #2: Berjaya Mencapai Matlamat yang Jelas

Matlamat yang jelas bererti matlamat yang dapat diukur, terperinci (dapat digambarkan) dan releven.

Sebagai contoh: Saya jana RM300 yang berkat sebulan.

Apabila sudah mempunyai matlamat yang jelas, sekarang bayangkan kita sudah mencapai matlamat tersebut. Apakah rasanya? Mestilah seronok dan gembira tiap-tiap bulan dapat emel.

Rasai nikmatnya apabila sudah berjaya mencapai apa yang kita impikan, nescaya kejayaan dalam genggaman kita.

Teras #3:  Fokus Niche Blog yang Menguntungkan

Niche blog = Bidang blog

Atau lebih mudah faham niche blog bermaksud blog kita tentang apa? Tentang masakan ke, Blogging, tutorial Blogspot atau lain?

Kadang-kadang saya pelik... Masuk sebuah blog dan baca isi kandungan di dalamnya. Ada macam-macam jenis artikel. Mula-mula terbaca tentang Blogging, selepas itu terbaca tentang cara memasak. Kemudian, terbaca tentang kemerdekaan. Seterusnya, tentang politik.

Memang pelik betul. Anda fikir apakah niche blog itu? Tidak tahu bukan?

Sejujurnya, inilah masalah blogger yang acap kali melakukannya. Semua perkara dia nak tulis. Tidak fokus.

Jadi, untuk membina blog yang menguntungkan: Pilih SATU niche blog yang kita minat, jelas lagi popular.

Sebagai contoh: Niche blog Blogging adalah minat saya. Maka, saya tulis segala-galanya dalam blog tentang Blogging.

Elakkan menulis perkara-perkara yang tidak berkaitan. Apabila sesuatu blog sudah terkenal dengan sesuatu niche, maka barulah buka satu cawangan niche blog yang baru.

Buat blog ini sama seperti berniaga. Mula-mula kita berniaga nasi lemak dahulu. Selepas beberapa bulan perniagaan kita dikenali ramai (berkredibiliti), maka barulah buat bisnes lain tetapi dalam industri yang sama.

Sebagai contoh: Tadi kita berniaga nasi lemak. Kita boleh buat bisnes baru dalam industri yang sama iaitu sambal tempe.

Teras #4: Bina Kredibiliti

Orang tidak membeli daripada orang yang tidak dikenali. Jadi, jual diri (bukan jual badan) agar nama kita dipercayai ramai.

Seramai mana? 100 orang atau lebih lagi bagus.

100 orang ini boleh jadi pengikut blog kita, subscriber kita, jumlah komen kita atau lain-lain.

Kita boleh bina autoriti dengan:
  • Membina hubungan yang erat sesama pembaca. (Serius, layan setiap pembaca seperti ahli keluarga kita)
  • Engage di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.
  • Selesaikan masalah pembaca. (Menggunakan blog anda sebagai platform)

Membina hubungan yang erat bermaksud kita buat apa pembaca suka.

Bagaimana? Andai pembaca kita ada blog, komen pada blognya. Ucapkan terima kasih. Sebagaimana yang pernah saya lakukan sebelum ini. Baca artikel Nak Jadi ProBlogger Seawal 18 tahun untuk lebih faham apa yang saya tulis.

Engage ini lebih kepada bersosial bersama pembaca di Facebook page atau di mana-mana sahaja. Tanya khabar mereka. Untuk lebih mudah faham lihat bagaimana Oh! Media melakukannya.

Selesaikan masalah pembaca lebih sesuai untuk niche blog yang jenis pendidikan. Contohnya, blog niche Blogging adalah tentang pendidikan blog. Maka selesaikan masalah yang dihapi oleh blogger yang nak bina blog.

"You can get everything you want if you help enough people get what they want". ~ Rahul Kuntala

Teras #5: Fokus Bina Senarai Emel yang Berkualiti

... Bukannya fokus bina trafik yang berjuta-juta pageviews. Inilah kesilapan besar blogger baru ketika membina blog. Kebanyakkan blogger terlalu fokus kepada trafik, trafik dan trafik.

Andai blog kita menerima trafik berjuta-juta, tetapi tidak ada seorang yang sudi memberi komen dan kongsikan artikel kita, apa gunanya?

Maka, fokus untuk bina senarai emel berkualiti yakni subscriber yang membaca emel kita. Saya tidak kisah trafik blog saya berapa banyak, asalkan semakin hari semakin ramai yang melanggan (subscribe) blog saya.

Bak kata pakar IM (Internet Marketer): Money in the list.

Ada sikit lagi ayat yang tertinggal: If we build great RELATIONSHIP with them.

Jadi untuk mengumpul senarai mel, boleh guna salah satu alat ini:
  • Feedburner (RSS Feed).
  • Madmimi (Autoresponder).
  • Mail Champ (Autoresponder).
  • Aweber (Autoresponder).
  • Getresponse (Autoresponder).

... Atau lain-lain.

Untuk permulaan, saya syorkan anda guna Feedburner terlebih dahulu kerana ia percuma dan sesuai untuk Blogspot. Anda boleh rujuk tutorial ini bagaimana pasang Feedburner di dalam Blogspot.

Apabila kita sudah mengumpul senarai mel yang banyak (sekitar 100 atau lebih), tukar kepada autoresponder pula.

Andai mahu menggunakan Feedburner sampai bila-bila juga boleh. Asalkan kita bina senarai mel yang berkualiti.

Di mana nak letak kotak langganan?

Paling tinggi conversion rate adalah pada bahagian:
  • Akhir artikel.
  • Sidebar.
  • Homepage.
  • Footer (Lihat contoh di bawah).
  • Halaman Tentang Saya.

Rumusan:

Tulis matlamat yang jelas dan komited buat sampai berjaya. Bina blog yang dipercayai ramai dan dikenali dalam niche yang anda pilih.

Kunci untuk membina blog yang berjaya adalah mempunyai perhubungan yang kukuh sesama pembaca mahupun blogger lain.

Erti kata lain, BERKREDIBILITI.

3 Cara Buit Duit Berblog


Cara A: Pengiklanan

Cara ini sesuai untuk orang yang benar-benar tidak tahu apakah kepakarannya. Tambahan lagi, cara A lebih mudah untuk menghasilkan pendapatan dengan berblog.

Selain itu, cara ini sesuai untuk blogger yang suka pos cerita dan berita baru pada setiap hari lagi rajin mengemas kini blog.

Buat Duit dengan Google Adsense

Adsense adalah program yang dijalankan oleh Google dan untuk menjana pendapatan dengan meletak iklan saiz tertentu di dalam blog kita. Apabila pelawat terklik pada iklan Adsense di dalam blog kita, maka kita dapat hasilnya (earning).

Kesimpulannya, lagi banyak pelawat unik klik pada iklan Adsense, lagi tinggi pendapatan yang kita peroleh.

(Pelawat unik = IP Address unik)

Blog yang Buat Duit dengan Cara Ini:

.. Dan banyak lagi.

Kebiasannya, buat duit dengan Google Adsense bagus untuk pengguna Blogspot kerana ia memudahkan.

Belajar lagi: Make Money With Google AdSense.

Buat Duit dengan Iklan Persendirian

Andai Global Alexa Rank blog kita berada di bawah 500 ribu dan mempunyai pelawat yang banyak pada setiap hari (Sekurang-kurangnya 500 pelawat), maka cara ini sesuai untuk kita.

Iklan persendirian bermaksud kita sewakan tapak iklan saiz tertentu di dalam blog kita. Kadar pembayaran diukur dengan melihat berapa banyak pelawat yang mengunjungi blog kita dan pada bahagian mana yang akan kita paparkan iklan tersebut.

Andai pada bahagian atas yakni header, sewanya lebih mahal.

Andai pada bahagian column kecil yakni sidebar, sewanya berpatutan.

Jika anda serius dalam membuat duit dengan pengiklanan melalui blog, maka langkah seterusnya anda boleh buat duit dengan Innity.

Saiz iklan tertentu seperti:
  • 728x90.
  • 125x125.
  • 468x60.
... Dan lain-lain.

Cara B: Program Affiliate

Maksud affiliate dalam bahasa mudah ialah kita promosikan produk orang lain dan apabila pelawat membeli produk yang kita promosikan itu, maka kita dapat komisen (earning).

Kunci untuk membuat duit dengan affiliate melalui blog ialah SEO.

Apabila blog kita menguasai carian seperti Google, nescaya dapat trafik organik yang banyak. Lantas, lebih ramai orang membeli produk yang kita promosikan.

Berita buruknya adalah kaedah ini mengambil masa sedikit untuk menjana pendapatan dengan berblog. Tetapi ia adalah cara untuk menjana pendapatan pasif secara berterusan.

Langkah-Langkah Buit Duit dengan Affiliate

1. Cari produk yang sesuai dengan niche blog kita. Sebagai contoh: Blog Kyle niche pemasaran internet. Jadi, dia cari produk yang berkaitan dengan niche blognya. Kita boleh dapatkan pelbagai produk yang bagus untuk dipromosikan di Ashadee (Jomniaga), Klikjer, WangCyber dan banyak lagi.

2. Tulis review produk satu per satu. Sebagai contoh: Kyle menulis satu review khas tentang harganya sahaja. Selepas itu, Kyle menulis review tentang isi kandungan pertama produk yang dipromosikan itu. Kemudian, dia tulis review tentang cover produk. Dan seterusnya.

3. Kongsikan beberapa tip yang berkaitan dengan produk yang kita promsikan itu dan di akhir artikel, letak link affiliate kita. Sebagai contoh: Lihat artikel ini, Ramai yang Sedekah Tetapi Masih Tiada Balasan? Cara ini dipanggil "Value first, money come later."

Belajar lagi: Six Figure Affiliate Blogging.

Cara C: Servis/Perkhidmatan


Anda ada kepakaran yang bagus seperti bagaimana nak membina blog sehingga Alexa Rank berada di bawah 1 juta?

Maka, buatlah servis mengenainya. Kita ajar blogger baru bagaimana nak buat blog sehingga Alexa Rank berada di bawah 1 juta dan apabila kita mengajar bererti kita sedang menjual. Dalam eBook Marcus Sheridan menyebut begini, "I Teach, Therefore I Sell."

Buat duit dengan kaedah ini adalah pendapatan aktif yakni dibayar satu kali, buat kerja satu kali. Berbeza dengan pendapatan pasif: Buat kerja satu kali, jana berkali-kali.

Antara servis yang kita boleh buat duit dengan berblog ialah:
  • Advertorial: Ialah sebuah artikel/laporan pendek yang ditulis bagi tujuan mengiklanan sesuatu. Sama ada produk, perkhidmatan ataupun sesuatu organisasi. Advertorial adalah gabungan antara "ad" + "editorial". Contoh artikel advertorial: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.
  • Penulis bebas (Freelance Blogging): Ialah menulis artikel-artikel atau entri blog untuk orang lain bagi beberapa tujuan tertentu.
  • Freelance web design: Ialah desain sesuatu laman web atau blog untuk orang lain (pelanggan).
... Dan banyak lagi.

Apabila kita memilih cara C untuk buat duit berblog, penting untuk kita mempersembahkan portfolio (hasil kerja) yang bagus. Prospek sebelum mahu memilih servis kita, sudah tentu mereka mahu melihat sama ada servis atau perkhidmatan kita banyak digunakan atau tidak.

Andai banyak, maka banyaklah duit yang masuk poket kita dan sebaliknya.

Daripada Penulis

Ada banyak lagi cara-cara untuk buat duit berblog. Tetapi 3 cara itu adalah yang paling popular pada masa kini. Pilih yang mana paling sesuai untuk kita membuat duit dengan berblog. Saya pilih untuk memulakan bisnes online dengan membuat servis ubahsuai Blogspot.

Apa yang saya pelajari daripada bisnes saya ialah pilih pelanggan yang tepat. Sebagai freelancer kita tidak perlu memilih semua jenis pelanggan namun pilih yang paling bernilai.

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan langkah pertama anda dengan membuat blog dahulu. Kemudian, bina kredibiliti.

Apabila kita berkredibiliti, duit senang masuk poket.

Nota: Artikel ini adalah hasil daripada Personal Coaching Online ‘Teknik Penulisan Super’ oleh Tuan Amir Azros.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim