Redpite Blogger Template

Redpite Blogger Template.

Alhamdulillah, akhirnya siap juga eksperimen Redpite Blogger Template.

Dahulu Megpite, sekarang Redpite.

Apa bezanya? Dan apa yang bagusnya Template Redpite ini?

Bezanya adalah warna sahaja. Megpite warna temanya ialah putih-biru. Dan untuk Redpite pula warna temanya merah-hitam.

Lebih menawan daripada yang sebelum ini. Tambahan lagi Redpite dilengkapi dengan 5 ciri premium.

Nak tahu?

Baca lagi.


5 Ciri Premium Redpite Blogger Template

  • Mesra SEO (HTML5, siap pasang open-graph meta tag dan sudah optimasi schema.org).
  • Responsive design (Boleh semak di sini).
  • Elegant.
  • Stylish comment system.
  • Ringan dan pantas (Ambil masa 4.11 saat sahaja untuk habis loading).

Bagaimana Pasang Template Redpite pada Blog

Penting: Sebelum nak tukar template baru, backup dahulu template lama.

1. Pergi ke Blogger Dashboard > Template > Edit HTML.

2. Buka fail Redpite Blogger Template menggunakan notepad atau notepad++ (Saya syorkan anda guna notepad++ sebab ia memudahkan untuk edit template).

3. Select-all (Ctrl + A) > Copy kod template Redpite (Ctrl + C).

4. Pergi ke Edit HTML > Select-all > Dan paste (Ctrl + V).

5. Save template.

Seterusnya, setting blog.

Edit Popular Post Sidebar

1. Pergi ke > Layout > Cari Entri Hangat > Klik Edit > Setting seperti di bawah:

Entri Hangat


2. Save.

Edit Popular Post Footer

1. Dalam Layout > Cari Terhangat > Klik Edit > Setting seperti di bawah:

Terhangat

2. Save.

Edit Pages

1. Dalam Layout > Cari Pages > Klik Edit > Kosongkan ruang Title seperti gambar di bawah:

Edit Pages

2. Save

Edit Kotak Tentang Admin

1. Pergi ke Template > Edit HTML > Cari kod:

<div class='author-bio'>

KLik pada gambar untuk gambaran lebih jelas.


Tukar:

1) Danial Abdul Rahim - Dengan nama anda.

2) https://lh5.googleusercontent.com/-Tg0Ltpa-x64/AAAAAAAAAAI/AAAAAAAAARc/tkGTjmQ2Ink/s80-c-k/photo.jpg - Dengan URL gambar anda.

3) Tuan Danial - Dengan nama anda.

4) Pakar dalam perubatan Blogspot dan Hukum Tarikan. &#39;Mengkaji&#39; tentang kehidupan sejak 1996. Misinya membantu manusia meningkatkan kualiti hidup agar dunia lebih aman dan makmur. - Dengan pengenalan anda.

2. Save template.

Daripada Penulis

Akhirnya, template ini berjaya dilancarkan dengan baik. Semuanya dibantu oleh grup sokongan Seni Bina Blog Premium Blogger Support dan juga Subscriber SBB.

Tidak dilupakan juga maklum balas daripada Tuan Hanafi Abdullah mengenai masalah tarikh, Tuan Hisham Mohamad mengenai kotak tentang Admin, Tuan Khairil Mazri mengenai masalah template tak boleh upload dan juga Cikpuan Sya Isya.

Terima kasih dan saya hargai maklum balas daripada anda semua, yang secara tidak langsung terlibat dalam ini eksperimen ini.

Kalau terjumpa bug atau ingin beri pendapat mengenai template Redpite, boleh komen di bawah.

Saya sudi mendengar. ^_^

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim